Babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengasak memburu gol pendahuluan.

Gonzalo Cabrera akhirnya memecah kebuntuan JDT apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan separuh masa pertama iaitu pada minit ke-45.

Babak kedua pula menyaksikan Kuala Lumpur terus dihukum JDT apabila Syafiq Ahmad mudah menyempurnakan gol hasil hantaran cantik daripada Corbin Ong pada minit ke-52.

Diogo Luis Santo memusnahkan impian anak buah Yusri Che Lah untuk mencuri mata di laman lawan apabila bijak menolak bola masuk ke dalam gawang menjadikan JDT selesa di hadapan dengan kedudukan 3-0 pada minit ke-58.

Bagaimanapun kejutan berlaku apabila Kuala Lumpur menerusi Sylvano Dominique Comvalius berjaya menembusi gawang JDT pada minit ke-77.

Namun kegembiraan Kuala Lumpur tidak lama apabila tuan rumah menerusi Mohd. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham menjaringkan gol keempat pada minit ke- 88. - UTUSAN ONLINE