Jaringan tunggal skuad Harimau Selatan diledakkan oleh pemain pertahanan dari Brazil, Marcos Antonio Santos pada minit ke-29 untuk memastikan JDT pulang dengan tiga mata penuh.

Dalam aksi babak kedua, pasukan tuan rumah terus menggandakan asakan namun, pemain sayapnya, Mohd. Shahrul Aizad Zukufli gagal memanfaatkan peluang terhidang apabila sepakannya tersasar walaupun pintu gol pelawat telah terbuka pada minit ke-49.

Keputusan 0-1 kekal hingga tamat perlawanan, dengan ini menyaksikan kekalahan sulung TFC1 musim ini.

Semalam, PKNS FC berjaya mendaki seketika kedudukan liga selepas menewaskan Kelantan 1-0. - UTUSAN ONLINE