Pemain sayap JDT, Safawi Rasid membuka tirai jaringan pada minit ke-17 menerusi gerakan solo dari sebelah kiri gol tuan rumah sebelum melakukan rembatan dalam kotak penalti.

Bagaimanapun lima minit sebelum berakhir babak pertama, Romel Morales menyudahkan hanyaran K. Gurusamy untuk gol penyamaan.

Bersambung babak kedua, penyerang sensasi Harimau Selatan Dioga meledak gol kemenangan pada minit ke-60, sekali gus membolehkan mereka meraih tiga mata.

Kemenangan tersebut meletakkan JDT terus selesa menerajui takhta liga dengan 36 mata, manakala skuad Semut Merah di tempat kelapan (16 mata)

Sementara itu di Stadium MBPJ, penyerang Petaling Jaya (PJ) City, Safee Salee memastikan tiga mata berharga milik tuan rumah apabila menjaringkan gol tunggal pada minit terakhir perlawanan untuk mengalahkan pasukan sedang bergelut Kuala Lumpur 1-0.

Kejayaan itu membolehkan PJ City mendaki ke tangga ketujuh dengan 17 mata, manakala Kuala Lunpur di tempat kedua terakhir (11 mata).- UTUSAN ONLINE