Kedua-dua jaringan JBFA disempurnakan oleh Muhammad Ateep pada minit ke-25 dan Muhammad Aimman di minir ke-60.

Pengendali JBFA menghambur pujian terhadap prestasi cemerlang anak-anak buahnya dan yakin ia akan menjadi penyuntik semangat untuk mereka melangkah ke peringkat lebih tinggi pada masa akan datang.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan kami buat kali ketiga berturut-turut. Secara keseluruhannya, saya berbangga dengan pencapaian pemain dan ini akan menjadi platform yang kukuh untuk membentuk sebuah pasukan yang cemerlang pada masa hadapan,” ujarnya.

Selepas berakhirnya perlawanan akhir, 18 pemain terbaik telah dipilih untuk membentuk pasukan Wilayah Tengah.

Pasukan tersebut bakal bertanding menentang pasukan dari lima wilayah lain dalam final dari 4 hingga 6 Julai di Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Subang Jaya.

Pada perlawanan akhir, para pemain akan beraksi untuk memenangi hati panel pemilih AJFC Liga Malaysia yang diketuai oleh bekas pemain antarabangsa, K. Gunalan untuk menjadi salah seorang daripada 10 pemain yang dipilih untuk menyertai Kem Explorer Allianz – Edisi Bola Sepak di Singapura dari 23 hingga 26 Julai.

Di kem tersebut, pemain-pemain akan mengambil bahagian dalam sesi latihan dan bertanding untuk merebut dua tempat untuk menyertai Kem Explorer Allianz – Edisi Bola Sepak di Munich pada 22 hingga 27 Ogos, yang mana mereka berpeluang dilatih oleh jurulatih belia FC Bayern Munich di lokasi latihan pasukan tersebut di Säbener Strasse.

Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, SMK Kem Terendak mengalahkan Gelang Patah FC 2-1. - UTUSAN ONLINE