Penyertaan Tunku Ismail itu dinyatakan dalam entri terbaharu Facebook Johor Southern Tigers (JST) sebentar tadi dan kesediaannya itu bertujuan mengubah landskap bola sepak negara.

Dalam entri terbaharu itu, JST memuatkan beberapa keping gambar Tunku Ismail bertemu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan keputusan serta paparan tersebut mendapat komen-komen positif netizen.

Pada 6 Februari lalu, Tunku Ismail mendapat perkenan ayahandanya untuk merebut kerusi tersebut selepas sekian lama berteka-teki untuk bertanding atau tidak.

Sultan Johor memberi perkenan tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan 14 wakil gabungan FAM di Kelab Polo Istana Pasir Pelangi di sini. - UTUSAN ONLINE