Selepas mengesahkan slot ke saingan kalah mati, Guardiola melakukan tujuh pertukaran dalam kesebelasan utamanya dan dia terpaksa menunggu hingga minit ke-88 untuk mengesahkan kemenangan.

Sterling meledak jaringan kemenangan selepas melakukan gerakan satu dua bersama Ilkay Gundogan dan sekali gus menyaksikan City merekodkan 17 kemenangan dalam semua pertandingan termasuk kejayaan menerusi penentuan penalti ketika berdepan Wolverhampton dalm saingan Piala Liga.

“Sudah pasti kemenangan lebih baik daripada tidak menang.

“Pada separuh masa pertama, kami boleh beraksi lebih baik tetapi kadang-kala keadaan menjadi sukar. Awak menang banyak perlawanan dan awak sudah layak.

“Awak mahu menamatkan saingan di kedudukan pertama tetapi awak ada satu lagi peluang untuk menamatkan saingan di kedudukan teratas. Kami tidak memiliki tekanan positif untuk menang.

“Tetapi keadaan ini normal. Akhirnya kami menjaringkan gol menarik menerusi Sterling, hantaran cantik daripada Gundogan dan kami berjaya meraih kemenangan,” kata Guardiola. - AGENSI