Jagielka hanya disenaraikan dalam kesebelasan utama Everton pada saat akhir ekoran masalah kesihatan yang menimpa Michael Keane.

Pertahanan Everton itu memanfaatkan kepercayaan yang diberikan kepadanya apabila meledakkan jaringan tunggal perlawanan pada minit ke-10 dalam aksi di Goodison Park, sebentar tadi.

Bagi Arsenal pula, kekalahan tersebut merupakan satu lagi aksi hambar skuad bimbingan Unai Emery di laman lawan, musim ini, dan mereka mengekalkan rekod buruk sebagai satu-satunya kelab dalam kelompok empat teratas yang gagal mengekalkan permainan tanpa bolos sepanjang, kempen ini.

Arsenal, bagaimanapun, masih kekal di tangga keempat dalam Liga Perdana, tetapi mereka hanya memiliki kelebihan menerusi perbezaan jaringan berbanding pasukan di tangga kelima, Chelsea yang turut memburu slot kelayakan ke Liga Juara-Juara. - AFP