Kejayaan itu menyaksikan gergasi Itali tersebut buat pertama kali melangkah ke peringkat suku akhir dalam tempoh 10 tahun dengan agregat 2-2.

Gol penyerang Bosnia pada minit ke-52 itu ternyata sudah cukup untuk membawa AS Roma layak ke peringkat seterusnya menerusi kelebihan gol di tempat lawan selepas mereka tewas 1-2 pada aksi pertama di Ukraine.

Shakhtar terpaksa mengakhiri perlawanan dengan beraksi 10 pemain selepas pertahanan tengahnya Ivan Ordets dilayangkan kad merah pada minit ke-79 selepas dia mengasari Dzeko.

Usaha pasukan pelawat untuk mencari gol penyamaan gagal sekali gus menyaksikan impian mereka untuk layak ke suku akhir tidak kesampaian.- AFP