Ajax yang tidak pernah menundukkan Madrid dalam tempoh 24 tahun hampir menamatkan kemarau kemenangan itu di Arena Johan Cruyff apabila Nicolas Tagliafico menanduk masuk jaringan tuan rumah hasil kesilapan Thibaut Courtois.

Bagaimanapun pengadil Damir Skomina membatalkan jaringan itu selepas memutuskan Dusan Tadic berada dalam kedudukan ofsaid selepas menilai semula rakaman VAR.

Madrid kemudiannya meledak dua jaringan menerusia Karim Benzema dan Asensio untuk membawa bekalan dua jaringan di tempat lawan untuk aksi kedua di Santiago Bernebue.

Jaringan penyamaan Hakim Ziyech berjaya memadam kelebihan jaringan Benzema namun gol Asesnsio pada minit ke-87 merupakan sesuatu yang sukar diterima terutama selepas mereka mendominasi hampir keseluruhan permainan.-AFP