“Kawan-kawan, jangan terlalu mendesak dalam media sosial. Elakkan daripada menghina sesiapa. Sekiranya awak ingin menyokong Juninho (Neymar), berikan sokongan secara positif,” kata Neymar Sr. kepada Globoesporte.com.

Neymar bukan sahaja pemain termahal dunai tetapi pemain yang sering diangkat sebagai pemain paling berbakat di dalam pasukan Brazil bagaimanpun sekembalinya dia daripada proses pemulihan akibat pembedahan kaki, prestasinya tidak begitu menyerlah.

Malahan, dia dituduh tidak bermain secara berpasukan dan banyak menjatuhkan diri secara sengaja.

Penyerang Paris Saint-Germain berusia 26 tahun itu dilihat menangis selepas pasukannya menang 2-0 ke atas Costa Rica yang menyaksikan dia menjaringkan satu gol.

Prstasi semasanya mengundah komen-komen sarkasrik di media sosial ada dalam kalangan penyokong mendesak agar Neymar digugurkan daripada skuad Brazil kerana kehadirannya menggaggu rentak permainan pasukan.

Pengendali Selecao, Tite berkata, Neymar memiliki bakat luar biasa dan ia akan bertambah baik jika dia terus beraksi di Piala Dunia.

Bapa Neymar berkata, penghinaan di laman sosial hanya akan merosakkan anaknya dan mendesak penyokong untuk terus yakin dengan kemampuan Neymar. – AGENSI