Kejayaan membenam Arsenal 5-1 hari ini mengekalkan rekod tanpa kalah Reds musim ini, malah mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu liga.

“Saya bukan orang paling bijak di dunia tetapi saya juga tidaklah bodoh sangat.

“Ia tidak penting berapa ba­nyak mata yang anda pungut pada Disember atau hujung Disember kerana liga baru memasuki separuh musim,” kata Klopp.

Kekalahan mengejut 1-3 yang dialami pasukan tangga kedua, Tottenham kepada Wolverhampton di London membolehkan Reds melebarkan jurang mata.

Hatrik Roberto Firmino, selain jaringan Sadio Mane dan Mohamed Salah memastikan kemenangan Liverpool di Anfield.

Liverpool memiliki sejarah hebat dalam Liga Perdana dengan mengungguli liga 18 kali, namun kejuaraan terakhir hanya tiba pada 1990 iaitu 28 tahun lalu.

Reds bakal berdepan cabaran getir untuk memastikan rekod kebal mereka tidak tercalar apabila bertandang ke Etihad untuk menentang juara bertahan, Manchester City, Khamis ini. – AGENSI