Bibi Ramjani Ilias KhanBIBI RAMJANI ILIAS KHANNOTA TERBITAN UTUSAN MALAYSIA6 SEPTEMBER 2017RABUMUKA 27archived by SUE

segala hutang yang selama ini membelenggu badan induk negeri itu ditanggung oleh Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd.

Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata isu pemotongan geran tidak sepatutnya timbul memandangkan KRW Sdn Bhd dan badan induk tersebut sudah pun membuat perjanjian

untuk melunaskan segala tunggakan gaji namun mereka perlu melampirkan dokumen tersebut kepada MFL sebagai bukti.

“Urusan dokumen dilanjutkan sehingga esok. Berkenaan dokumentasi berkaitan dengan hutang, kami sudah ada perjanjian bersama KRW Sdn Bhd bahawa mereka akan selesaikan semua

hutang. Jadi, perkara ini tidak menjadi masalah besar untuk Kafa.

“Sebelum perjanjian dilakukan, Kafa telah menyenaraikan segala hutang yang ditanggung dan KRW Sdn Bhd bersetuju untuk melangsaikannya. Senarai yang diberikan itu sama

seperti dalam rekod FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan MFL.

“Perjanjian di antara Kafa dan KRW Sdn Bhd sudah dibuat pada 24 Januari lalu, jadi tiada isu. Bagaimanapun, apabila berlakunya peralihan seperti ini, kena ada dokumen

tambahan iaitu perjanjian di antara Kafa dan KRW Sdn Bhd yang perlu diberi kepada MFL dan kami akan menghantarnya esok,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan Pegawai Pematuhan MFL, Desmond Dominic Raju berkata, selepas meneliti kesemua dokumen yang dihantar oleh tujuh pasukan semalam

termasuk Kelantan, pihaknya mendapati mereka masih memerlukan maklumat tambahan untuk menyokong laporan kewangan masing-masing.

Begitu pun, MFL memberi tempoh 48 jam berkuatkuasa semalam untuk menyediakan maklumat tambahan tersebut.

Mengulas lanjut sekiranya geran tidak diberi oleh MFL, Bibi berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku terhadap Kelantan kerana ianya boleh menyebabkan perjanjian di

antara Kafa dan KRW Sdn Bhd terbatal.

“KRW Sdn Bhd sudah bersetuju untuk membayar hutang Kafa jadi saya fikir tiada isu di sini. Dokumen kami semuanya sudah dihantar dengan lengkap sebelum ini,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE