Skuad Red Devils terpaksa akur dengan kekalahan selepas Messi menjaringkan dua gol, manakala bekas pemain Liverpool, diikuti Philippe Coutinho membolehkan mereka menang 3-0, sekali gus melangkah ke separuh akhir menerusi agregat 4-0.

“Kami seperti mengenakan cermin mata hitam, namun kami agak perlahan dan gementar pada lima minit pertama. Kami tidak boleh bermula seperti itu selepas ini dalam saingan Liga Juara-juara. Lima minit pun boleh membunuh permainan anda.

“Apa pun kami telah menunjukkan diri kami yang sebenar,” ujar Messi, yang juga mempamerkan aksi cemerlangnya musim ini.

Sementara itu, pengendali Barca, Ernesto Valverde berkata, pasukannya memiliki motivasi tinggi dalam pertemuan tersebut.

“Saya tidak boleh menafikannya. Terutama selepas tidak melangkah ke separuh akhir untuk tempoh yang panjang dan setelah kekalahan perit tahun lalu. Kami kali ini terlalu fokus,” ujar Valverde.- AFP