Pengarah sukan kelab itu, Christian Nerlinger berkata, didorong dengan kemenangan 1-0 dalam saingan Bundesliga ke atas Nuremberg Sabtu lalu, iaitu kemenangan ketujuh berturut-turut dalam semua kejohanan, kelab Bavaria itu mahu menyingkirkan Marseille selepas memiliki kelebihan 2-0 pada perlawanan suku akhir pertama minggu lalu.

"Nasib kami di tangan kami sendiri dalam semua tiga kejohanan.

"Saya menaruh keyakinan terhadap pasukan ini.

"Mereka membuktikan bahawa mereka boleh menyesuaikan diri dengan keadaan walaupun beraksi satu perlawanan setiap tiga hari," katanya.

Bayern kini memburu trofi Bundesliga, Piala Jerman dan Liga Juara-Juara.

Bayern sudah pun mengesahkan aksi perlawanan akhir Piala Jerman dan mereka kini cuma tiga mata di belakang pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund. - Reuters