MOHAMAD FIRDAUS ABDUL MUTALIB
MOHAMAD FIRDAUS ABDUL MUTALIB

Ini berikutan perkembangan terbaharu yang memperlihatkan kenyataan bercanggah antara kerajaan negeri dipimpin Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Badan Bertindak Penyokong Se­langor (BBPS) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengenai tarikh pertemuan serta senarai wakil yang akan terlibat.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga dikhabarkan menetapkan syarat iaitu individu tertentu sahaja boleh menghadiri pertemuan tersebut dan nama Presiden FAS, Datuk Seri Subahan Kamal dikatakan tiada dalam senarai berkenaan.

Di pihak BBPS, jurucakapnya Mohamad Firdaus Abdul Mutalib memberitahu, buat masa ini mereka menangguhkan niat untuk membawa isu berkenaan kepada pihak istana Selangor selepas kerajaan negeri dikatakan telah bersetuju untuk menjayakan sesi pertemuan enam mata pada Isnin depan bagi membincangkan masalah itu.

“Surat tak jadi hantar (kepada pihak istana) sebab kerajaan ne­geri dah setuju nak bertemu de­ngan FAS 12 Februari ini. Cuma kerajaan negeri nak FAS diwakili tiga orang sahaja iaitu Naib Presi­den, Datuk Rauf Ahmad dan K. Palanisamy serta Ahli Jawatankuasa, Nazzab Hidzan,” kata­nya menerusi WhatsApp kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rauf ketika dihubungi pula berkata, pihak­nya berharap tiada sekatan untuk Subahan terlibat dalam mesyua­rat dengan kerajaan negeri kerana beliau adalah Presiden FAS yang dipilih secara sah.

“Presiden dilantik oleh badan gabungan maka beliau berhak untuk mewakili FAS. Mandat yang diberi oleh ahli (kepada Subahan) sebagai Presiden perlulah dihormati dan pertemuan tersebut memerlukan keputusan terus daripada beliau.

“Pihak FAS sedia berun­ding dengan Kerajaan Negeri Se­langor demi kebajikan peminat yang bersusah payah ke Stadium Cheras dan mengharungi ke­sesakan lalulintas serta disaman kerana meletakkan kereta di tepi jalan,” katanya.

Bagaimanapun lain pula nada yang disuarakan Exco Sukan ne­geri, Amirudin Shari apabila beliau berkata, walaupun pihak BBPS menyatakan akan berlaku pertemuan antara kerajaan negeri dan FAS tetapi tarikh pada Isnin itu masih belum disahkan.

“Kami memang ingin me­ngadakan pertemuan dengan pihak FAS tetapi soal tarikh dan dengan siapa pihak kami akan bertemu belum dapat ditentukan.

“Walaupun ada pertemuan nanti, bagi pihak Kerajaan Ne­geri Selangor, untuk menyelesaikan isu stadium ini memerlukan masa sekurang-kurangnya hingga ke pusingan kedua musim,” katanya.