Isco menjaringkan satu gol dan menjadi perancang kepada satu lagi jaringan di La Rosaleda dalam perlawanan yang menyaksikan perubahan besar-besaran dilakukan Real, selepas melakar kemenangan pada minit terakhir permainan ke atas Juventus dalam Liga Juara-Juara, Khamis lalu.

Diego Rolan menyumbat gol sagu hati buat Malaga pada minit ke-93, tetapi keputusan 2-1 sudah memadai buat Real meraih kemenangan.

“Hari ini saya boleh bergembira kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik sekali,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane. - AFP