Skuad bimbingan Luciano Spalletti, Inter menewaskan pendatang baharu, SPAL 2-0 di San Siro selepas Juventus mengetepikan Chievo 3-0 di Turin kelmarin.

Dalam pada itu, Napoli juga mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menundukkan Bologna 3-0.

“Untuk melalui 70 minit dan tewas 0-3 ialah tamparan hebat buat pemain. Kami lemah dan Napoli menghukum dan ini memberikan pengajaran kepada kami.” kata jurulatih Bologna, Roberto Donadoni mengenai kekalahan pertama pasukan itu musim ini.

Juventus yang akan ke Barcelona bagi menghadapi saingan Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini berkedudukan teratas menerusi perbezaan gol walaupun berkongsi sembilan mata dengan Napoli dan Inter Milan.

Sementara itu, AC Milan pula jatuh ke kedudukan ketujuh selepas mengalami kekalahan pertama musim ini ketika jaringan hatrik Ciro Immobile membawa kemenangan 4-1 Lazio di laman sendiri. - AFP