Inter ke Stadio O­limpico untuk memburu kemenangan dalam usa­ha melayakkan diri ke pertandi­ngan berprestij Eropah itu buat kali pertama sejak 2012.

Bagaimanapun, perlawanan yang dibayangi kecemerlangan penjaga gol England, Joe Hart membolehkan Torino mencuri satu mata. Bagi Inter pula, ini adalah kali keempat mereka seri dalam kempen Serie A.

Keputusan itu meletakkan sku­ad bimbingan Pioli di anak tangga kelima, lima mata Napoli di tempat ketiga yang merupakan slot ter­akhir untuk ke Liga Juara-juara.

“Jauh, memang sangat jauh (untuk berada dalam slot Liga Juara-juara) kerana pasukan di hadapan kami sekarang adalah kuat dan menang banyak perlawanan,” jelas Pioli ketika ditanya berhubung peluang untuk ber­ada dalam kelompok tiga teratas.

Perlawanan itu adalah yang terakhir untuk Inter sebelum rehat antarabangsa dan Pioli berkata: “Sekarang kami perlu memulihkan tenaga, kami mengharungi tempoh yang agak mencabar kepada mental dan fizikal.

Pemain sayap Antonio Candreva memastikan Inter mengutip sekurang-kurangnya satu mata setelah menolak bola ke gawang kosong pada minit ke-62 ekoran kesilapan Hart, yang gagal membaca hantaran lintang Cristian Ansaldi.

Terdahulu, Afriyie Acquah meletakkan Torino di depan selepas Daniele Baselli menjaringkan gol penyamaan 1-1 setelah Geoffrey Kondogbia meletakkan Inter di depan. – AFP