Menurut laporan TuttoMercatoWeb, Inter Milan bersedia untuk mengemukakan tawaran bagi penyerang berusia 25 tahun itu.

Usaha itu diambil selepas Inter tidak pasti dengan masa depan bekas kapten, Mauro Icardi yang enggan beraksi bersama kelab itu dengan kontraknya akan tamat tidak lama lagi.

Inter mengambil keputusan untuk menggugurkan status kapten daripada Icardi dan melantik penjaga gol, Samir Handanovic sebagai pengganti.

United mendapatkan Lukaku dengan harga 75 juta pound (RM392.62 juta) pada musim panas 2017.

Selepas beraksi cemerlang di bawah kendalian Jose Mourinho, penyerang Belgium itu mula kehilangan tempat dengan kehadiran Marcus Rashford yang menjadi pilihan utama dalam kesebelasan utama.-AGENSI