Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Indonesia, Thailand mampu jadi penentu hala tuju Malaysia

SEPANG 17 Julai – Pe­ngendali skuad projek Sukan SEA 2017, Datuk Ong Kim Swee me­ngakui, perlawanan pembukaan menentang Indonesia, Rabu ini mampu menentukan hala tuju Malaysia dalam kempen kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok.

Ong Kim Swee

Selain Indonesia, pertemuan menentang tuan rumah, Thailand pada Jumaat juga mampu menjadi penentu nasib pasukan negara untuk mencari tiket pusingan akhir di China tahun depan. Anak-anak buah Kim Swee kemudian akan menutup persaingan dengan berdepan Mongolia pada Ahad.

Tegas Kim Swee, kejohanan itu bukan sahaja penting, malah menjadi platform terbaik kepada pemainnya untuk menimba pengalaman beraksi menentang gergasi Asia seandainya skuad bawah 22 (B-22) negara layak ke kejohanan akhir.

“Bukan mudah untuk kami la­yak ke pusingan akhir tetapi kami akan menumpukan perlawanan demi perlawanan. Bagi saya pertemuan menentang Indonesia dan Thailand adalah penentu namun saya tetap menghormati Mongolia.

“Jika kami dapat keputusan positif (menang) menentang Indonesia dan Thailand, kemungkinan kita layak secara automatik. Kami tahu Thailand merupakan pasukan terbaik di Asia Tenggara dan itu tidak boleh dinafikan, namun dalam kejohanan peringkat umur perlawanan akan begitu sengit.

“Kejohanan ini amat penting kerana jika layak pemain muda ini akan beraksi bersama pasukan gergasi Asia dan itu memberi pengalaman serta pendedahan cukup baik untuk skuad senior akan datang,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Bangkok, hari ini.

Dalam Piala AFC B-23, 10 juara kumpulan dan lima naib juara terbaik layak ke peringkat akhir. Sekiranya China memenangi kumpulan mereka atau muncul lima naib juara terbaik, maka naib juara terbaik keenam juga layak.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain