Kekalahan itu memaksa skuad kendalian Raja Azlan Shah Raja So’ib menentang Myanmar dalam penentuan tempat ketiga di venue yang sama pada Sabtu ini. Myanmar tewas dengan jaringan yang sama kepada Thailand dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Gol tunggal perlawanan hadir ketika permainan berbaki lapan minit selepas Amiruddin Bagus Kahfi Alfikr menyempurnakan penalti setelah penjaga gol Malaysia, Abdul Alim Al Amri Ali menjatuhkan Mohammad Supriadi. - UTUSAN ONLINE