UAE yang pernah beraksi dalam Piala Dunia lima kali tidak membuang masa untuk membolosi gawang Malaysia apabila mendahului 3-0 pada suku pertama.

Mereka kemudian menjadikan kedudukan 4-0 pada suku kedua, sebelum melengkapkan pesta gol dengan menambah empat jaringan pada suku ketiga.

Gol saguhati pasukan negara pula diperoleh pada minit ke-21 menerusi Mohd. Hasrol Ali.

Biarpun hajat untuk melangkah ke separuh akhir tidak kesampaian, namun mara ke suku akhir dalam penampilan kedua dianggap pencapaian baik buat anak-anak buah Mohd. Faizal So'od.

"Kami tidak menunjukkan permainan sebenar, mungkin kerana pemain terlalu menunjukkan rasa hormat terhadap UAE.

"Sasaran kami adalah menempatkan diri dalam kalangan lapan pasukan terbaik dan kami berjaya melakukannya. Mungkin disebabkan itu juga pemain tidak beraksi di bawah keupayaan sebenar," kata Faizal yang dipetik dalam laman web AFC. - UTUSAN ONLINE

KEPUTUSAN (suku akhir)

Oman 5 Bahrain 3

Jepun 3 Iran 2

UAE 8 Malaysia 1

Palestin 4 Libya 3