Vincent Kompany meletakkan City di depan selepas dia tidak dikawal dengan kemas oleh Smal­ling dan tuan rumah memperoleh kelebihan dua gol pada babak pertama.

Namun kata-kata semangat bos United, Jose Mourinho di bilik persalinan yang menggesa agar mereka tidak menjadi badut di Etihad, United berjaya bangkit daripada ketinggalan.

“Apabila anda melakukan kesilapan sudah pasti mahukan peluang untuk menebusnya. Anda boleh lihat betapa leganya kami apabila memperoleh gol pertama dan saya gembira ke­rana berjaya menyumbangkan satu gol,” kata pertahanan England itu.

Kemenangan itu sekali gus membantutkan hasrat Citizens yang mahu meraikan kejuaraan merangkul trofi EPL lebih awal.

“Kami sedih dengan diri sendiri pada babak pertama dan kami tahu kami perlu berjuang secara bermaruah untuk aksi selepas rehat. Separuh masa pertama amat teruk iaitu kami tidak menerapkan corak permainan pasukan.

“Pengurus tidak berkata banyak sebab tahu kami yang mengecewakan diri sendiri. Dia berkata tidak mahu membenarkan diri kami menjadi badut dan melihat mereka menjuarai trofi,” kata Smalling.

Sementara itu, bos City, Pep Guardiola kecewa dengan kekalahan tersebut apabila menyaksikan gawang mereka dibolosi sebanyak enam gol dalam tempoh empat hari selepas tumpas 3-0 kepada Liverpool dalam kempen Liga Juara-Juara.

“Kami perlu bertahan de­ngan lebih baik namun inilah bola sepak. Kami cuba mencipta pe­luang dan menyerang dan itu yang kami lakukan sepanjang musim ini, kami cuba untuk meng­hasilkan permainan dan gol yang berkualiti.

“Hari yang istimewa untuk United, mereka menemui rentak permainan dan semangat. Kami sudah lakukan yang terbaik pada babak pertama namun 10 hingga 15 minit kemudian kami bolos. Kami bermain dengan keberanian dan mencipta banyak pe­luang pada babak pertama namun perlu memperbaiki corak permainan.

“Kami belum cukup bagus. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada City. Mereka kecewa ke­rana mahu meraikannya hari ini namun saya tetap mengucapkan tahniah sebab kelab itu akan memenanginya (EPL). City mempunyai kelebihan mata berbanding pasukan lain,” katanya. – AGENSI