Dengan mendu­duki tangga kelima liga menerusi 70 mata, Chelsea hanya mampu berharap Liverpool yang mengumpul 72 mata kalah kepada Brighton pada hari terakhir liga, Ahad ini, sambil mereka pula wajib menang di Newcastle.

Conte yang merehatkan Eden Hazard dan tidak dapat menurun­kan penjaga gol, Thibaut Courtois akibat kecederaan belakang me­ngakui, misi mencabar kelompok empat terbaik iaitu slot automatik ke kejohanan elit Eropah tampak terlalu sukar buat pasukannya.

“Nasib kami bukan lagi di ta­ngan kami sendiri. Sudah tentu peluang semakin tipis sekarang selepas kegagalan memenangi perlawanan hari ini.

“Kami sudah memberikan yang terbaik hari ini dan me­nunjukkan keinginan tinggi untuk mengutip tiga mata, malangnya kami gagal memenangi perlawanan. Itulah bola sepak.

“Sukar untuk menjelaskan bagaimana kami boleh seri selepas menguasai permainan 82 peratus dan mencipta begitu ba­nyak peluang. Kami hanya dibolosi menerusi serangan balas lawan, ia sukar untuk diterima.

“Apa pun, kami kena terima keputusan ini, terima hakikat yang kami sekarang berada pada kedudukan kelima,” kata Conte kepada pemberita.

Sementara itu, bagi Huddersfield, satu mata berharga yang dibawa pulang dari Stamford Bridge berjaya mengekalkan mereka dalam Liga Perdana musim depan.

Sebaliknya, Swansea menjadi pasukan terbaru tersingkir ke Liga Kejuaraan selepas tewas 0-1 kepada Southampton.

Dua pasukan tangga tercorot, Stoke City dan West Brom sudah terlebih dulu mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Perdana Inggeris. – AGENSI