Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pengumuman itu dibuat sebagai suntikan semangat kepada pemain untuk membawa pulang Piala FA ke negeri ini selepas sembilan tahun gagal melakukannya.

"Ini merupakan bonus awal kepada pemain daripada KFA... mungkin selepas ini akan ada lebih banyak imbuhan yang menanti mereka jika dapat menumpaskan Pahang," katanya selepas meninjau sesi latihan terakhir skuad Lang Merah di Stadium Darul Aman di sini hari ini sebelum berangkat ke Selangor, esok.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah mengingatkan pemain Kedah supaya tidak gentar mendepani skuad Tok Gajah meskipun Pahang dijangka menyenaraikan pemain import baharu dalam perlawanan akhir nanti. - UTUSAN ONLINE