Menurut akhbar tempatan, The Sun, Solskjaer mengeluh dengan corak permainan pemainnya yang lambat panas sebelum memberitahu dia mahu menganalisis persembahan mereka ketika rehat antarabangsa berlangsung.

Solskjaer turut mengakui United membuat langkah ke belakang selepas dia menerima kekalahan kedua sejak bergelar jurulatih kedua United.

Meskipun masih kekal dalam pertandingan Liga Juara-Juara, Solskjaer berkata Piala FA merupakan peluang terbaik United untuk memenangi trofi pada musim ini.

“Satu langkah besar ke belakang. Itu merupakan persembahan terburuk sejak saya tiba. Kami tahu kami bermain dengan baik menentang Arsenal minggu lalu dan tidak mendapat keputusan yang sepatutnya namun kali ini kami memang patut kalah.

“Rentak permainan yang tidak cukup tinggi malah kami tidak meletakkan penjaga gol atau pertahanan lawan dalam tekanan,” katanya.

Solskjaer mengakui rehat antarabangsa merupakan masa terbaik untuk United namun menggesa pemainnya untuk bersedia merebut tempat empat teratas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selain bersedia menghadapi Barcelona dalam suku akhir Liga Juara-Juara.

Solskjaer mengambil alih United daripada Mourinho yang dipecat pada Disember lalu. - AGENSI