Penyerang berasal dari Sweden itu mengalami kecederaan lutut sejak penghujung Disember lalu namun pengurus, Jose Mourinho dengan gembiranya mengumumkan Ibrahimovic sudah boleh diturunkan menentang Newcastle esok.

Bagaimanapun pengendali dari Portugal itu tetap tidak mahu terburu-buru sebaliknya mahu memastikan terlebih dahulu bahawa Ibrahimovic benar-benar cergas dalam usahanya mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Perdana Inggeris selain mengharapkan dapat menghambat pendahulu, Manchester City. - AFP