Kira-kira 300 penyokong membanjiri Dewan Utusan di Ibu pejabat Kumpulan Utusan dan bersurai dengan senyuman lebar setelah skuad bimbingan Jurgen Klopp meraih tiga mata penting pada aksi pembukaan mereka dalam kempen Liga Perdana Inggeris.

Dalam saingan di Anfield, bintang Mesir, Mohamed Salah membuka tirai pada minit ke-19 dan Sadio Mane menambah derita West Ham (m-45 dan m-53), sebelum Daniel Sturridge melengkapkan kemenangan bergaya mereka (m-88).

Dalam pada itu, Ketua Kemampanan dan Hal Ehwal Awam Hal Ehwal Korporat Standard Chartered, Mastura Adnan tidak menolak kemungkinan acara sebegini akan diteruskan kerana berjaya menyatukan padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

“Ini merupakan kerjasama kali ketiga kami (Standard Chartered Bank) bersama [email protected] dan kita dapat lihat kemeriahan dan merasai pengalaman unik daripada penyokong Liverpool yang bukan sahaja dari Malaysia, malah Singapura dan Indonesia.

“Segala kemudahan di Utusan Malaysia lengkap, seperti tandas, surau dan kafeteria, parkir dan sebagainya. Dan yang paling penting keadaan di sini terkawal,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Utusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Standard Chartered Bank Malaysia Bhd., Abrar A. Anwar; Presiden ARM, Muzili Aznor Musa; Pengarah Eksekutif, Ketua Perbankan Runcit, Produk Runcit dan Segmen Standard Chartered, Kanishk Upadhyay; Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Bhd., Datuk Ahmad Fauzi Zahari dan Pengarang Mingguan Malaysia, Badrul Azhar Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Muzili berkata, beliau melahirkan rasa bangga dan gembira apabila dapat menjayakan [email protected] bersama Standard Chartered buat julung kalinya.

Sementara itu, Badron Hisyam Dol Kamis yang hadir buat kali ketiga di [email protected] berkata, dia amat teruja dapat merasai pengalaman berharga dan akan sentiasa kekal menyokong acara ini.

Dia yang juga pegawai bank turut pulang dengan memenangi hadiah cabutan bertuah berupa jersi Liverpool.