Fabregas telah diarah keluar padang dalam perlawanan tersebut yang menyaksikan Chelsea tewas 3-0 di The Hawthorns pada Isnin lalu atas kesalahan menendang bola ke muka pemain tengah West Brom, Chris Brunt.

Insiden tersebut berlaku ketika pemain Chelsea dan West Brom cuba meleraikan perbalahan antara penyerang Diego Costa dengan Gareth McAuley.

“Dakwaan Chelsea bahawa hukuman penggantungan tiga perlawanan ke atas Cesc Fabregas adalah keterlaluan telah dipertimbangkan.

“Fabregas telah diketepikan daripada tuduhan berkelakuan ganas semasa aksi West Brom menentang Chelsea pada 18 lalu.

“Pihak jawatankuasa bebas juga telah mengurangkan hukuman penggantungan daripada tiga perlawanan kepada satu perlawanan,” menurut kenyataan FA. – AGENSI