England kini dalam fasa persediaan bagi menghadapi dua perlawanan penting iaitu menentang Republik Czech di Wembley pada 22 Mac ini dan berkunjung ke Montenegro bagi saingan pada 25 Mac.

Hudson-Odoi, 18 tahun, telah bermain 19 perlawanan bersama Chelsea pada musim ini dan telah menjaringkan lima gol bersama kelab berkenaan.

“Ia sesuatu yang mengejutkan buat saya apabila dipanggil untuk menyertai England buat kali pertama.

“Ini adalah impian saya dan anggap semua ini umpama mimpi yang menjadi kenyataan.

“Saya akan melakukan yang terbaik bersama skuad senior dan sesuatu yang membanggakan apabila terpilih menyertai pasukan,” kata Hudson-Odoi.

Hudson-Odoi menyertai skuad England selepas rakan sepasukannya di Chelsea, Ruben Loftus-Cheek dan pemain Manchester City, Fabian Delph serta John Stones menarik kerana kecederaan. - AGENSI