Berita mengejutkan itu diumumkan oleh Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan dalam satu kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp, di sini hari ini.

Bibi Ramjani berkata, beliau menghormati keputusan yang dibuat oleh bekas kapten Singa Utara itu untuk tidak lagi bersama TRW musim depan.

Menurutnya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Yusri diatas segala jasa yang telah dicurahkan sepanjang musim lalu.

"Menjawab mengenai keputusan yang diambil Kafa apabila mengumumkan beliau sebagai Ketua Jurulatih Kelantan pada 20 November lalu.

"Keputusan itu dibuat susulan Yusri masih mempunyai kontrak dengan syarat satu tahun tambahan yang pada awalnya dipersetujui secara lisan oleh beliau," katanya.

Bibi Ramjani memberitahu, beliau mengucapkan selamat maju jaya buat Yusri bersama pasukan baharu.

Utusan Online 3 Disember lalu melaporkan, Yusri akan ke Kota Bharu dalam tempoh terdekat untuk bertemu dengan pengurusan Kafa bagi membincangkan hala tuju dan masa depannya sebagai pengendali TRW bagi musim 2019. - UTUSAN ONLINE