Bekas pengendali Kelantan itu ditemui pemberita selepas tamat sesi latihan di Wisma FAM, semalam berkata, pemain yang dipanggil tidak memenuhi kriteria ditetapkan, malah, dia perlu mencuba baki 28 pemain yang akan dipanggil, minggu depan.

“Mungkin pemain yang dipanggil ini masih berada dalam keletihan, bagaimanapun, pada pandangan awal saya, mereka tidak menunjukkan aksi seperti yang saya harapkan.

“Kita masih mempunyai masa untuk mengadakan beberapa sesi latihan lagi dan diharapkan baki 28 pemain yang seterusnya dapat lebih bersedia dan menunjukkan aksi terbaik,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Skuad B-19 negara akan menghadapi tiga aksi persahabatan dengan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada 18 Januari ini, manakala, dua lagi pasukan masih belum dapat dipastikan. Pastinya tiga perlawanan tersebut Hodak mahu menjadikan­nya sebagai platform terbaik bagi membentuk skuad B-19 untuk mengharungi cabaran, musim ini.

“Sebelum saya memikirkan taktikal yang bersesuaian saya perlu mendapatkan pemain berkualiti terlebih dahulu,” katanya lagi.

Tahun ini, skuad B-19 negara akan mengambil bahagian dalam Piala Sanix yang diadakan di Jepun, Mac ini, selain, mengharungi Piala AFF B-19 (Julai) dan Kelayakan Kejuaraan AFC B-19 2020 pada September.