Hernandez menegaskan, dia sah menyertai kelab terbaik dunia itu apabila juara Eropah itu mendedahkan pembelian terbaru mereka.

Pemain berusia 19 tahun itu adalah pemain pertama dalam tempoh 17 tahun yang menyertai Real dari seteru utama Atletico dan abangnya, Lucas, 21, masih bersama kelab berkenaan.

“Saya teruja dan sangat gembira untuk berada di kelab terbaik di dunia. Saya berterima kasih kepada penyokong atas sokongan diberikan. Beberapa pasukan mahukan saya tetapi pilihan terbaik adalah ke Madrid untuk terus meningkat.”katanya dalam satu sidang media.

Ditanya jika ada kemungkinan pertembungan dengan abangnya dalam pertemuan tetangga Madrid, Hernandez berkata: “Ia akan menjadi normal, ia tidak akan menjadi satu peperangan.” - REUTERS