Skuad bimbingan Conte berada di depan menerusi jaringan Cesar Azpilicueta pada babak pertama permainan di Stamford Bridge.

Namun, Chelsea mempersiakan begitu banyak peluang bagi mememastikan kedudukan lebih selesa dan sebaliknya Javier Hernandez yang di bawa masuk dari bangku simpanan menyumbat gol penyamaan ketika perlawanan berbaki 17 minit untuk tamat.

Chelsea yang menghuni tempat kelima kini keciciran 10 mata belakang pasukan di kedudukan keempat, Tottenham dengan enam perlawanan berbaki. Keputusan mengecewakan itu boleh menutup peluang mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Penyokong telah bertindak mengejek skuad Chelsea sebaik perlawanan berakhir dan ketika ditanya sama ada skuad bimbingannya mampu berada dalam kelompok empat terbaik, Conte berkata, dia tidak tahu dan berharap dapat memberikan yang terbaik.

“Saya benar-benar tidak tahu. Kami akan cuba memberikan yang terbaik. Saya sendiri tidak tahu perubahan apa yang boleh kami lakukan.

“Kami amat kecewa. Kami berada di kedudukan ini kerana terlalu banyak peluang dipersiakan bagi mengutip tiga mata penuh. Kami tidak cukup klinikal. Malang sekali kerana kami menguasai perlawanan. Pasukan lain di dalam liga lebih klinikal. Inilah kebenarannya. Kami perlu memperbaiki prestasi,” kata Conte. - AFP