Dalam perlawanan yang akan bermula pukul 9 malam waktu Malaysia itu, penjaga gol Perak, Mohd. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy diberi tanggungjawab menggalas tugas menjawab gawang Harimau Malaya dalam misi ‘wajib menang’ untuk menghidupkan peluang layak ke pusingan akhir di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Selepas tiga perlawanan, skuad negara bimbingan Nelo Vingada menghuni tangga tercorot kumpulan dengan satu mata, sembilan mata di belakang pendahulu, Lebanon dan dua mata ditinggalkan pasukan tangga kedua, Hong Kong.

Hanya dua pasukan teratas layak ke pusingan akhir, dan Malaysia perlu menang ke atas Korea Utara malam ini, selain aksi kedua di stadium yang sama pada Selasa depan untuk menghidupkan peluang. - UTUSAN ONLINE

KESEBELASAN UTAMA MALAYSIA

Penjaga gol: Mohd. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy

Pertahanan : Mohd. Fadhli Shas, S. Kunanlan, Muhammad Fazly Mazlan, Mohd. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Francisco Insa Bohigues

Tengah : Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Mohamed Syamer Kutty Abba, Wan Zack Haikal Wan Noor, Mohd. Afiq Fazail

Serangan : Ahmad Hazwan Bakri