Menurut satu laporan baharu, Chelsea tidak berpuas hati dengan tawaran yang dikemukakan Rel Madrid meskipun kedua-dua pasukan itu sudah hampir untuk melengkapkan urus niaga terhadap pemain itu.

Real menawarkan 30 juta euro (RM138.42 juta) dengan tambahan pemain Mateo Kovacic memandangkan Hazard hanya memiliki baki kontrak setahun bersama The Blues yang akan berakhir hujung musim ini.

Bagaimanapun, Chelsea dikhabarkan mahu sekurang-kurangnya 80 juta euro (RM369.12) dan kini sama sekali tidak berminat dengan tawaran Real.-AGENSI