Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hazard terpaksa digugurkan

EDEN HAZARD - REUTERS
EDEN HAZARD - REUTERS

BRUSSELS 21 Mac - Pemain tengah Belgium, Eden Hazard dijangka tidak dapat menyertai skuad Roberto Martinez bagi menghadapi Greece dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada Sabtu ini selepas mengalami kecederaan pangkal paha.

Hazard turut terlepas peluang beraksi bersama Chelsea menentang Stoke City yang berkesudahan menang 2-1, Sabtu lalu selepas kecederaan yang dialaminya itu diperoleh ketika menjalani latihan bersama The Blues.

Martinez berkata kecederaan pemain berusia 26 tahun itu tidak serius namun Hazard hampir pasti untuk tidak diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang Rusia, 29 Mac ini.

Pemain tengah, Marouane Fellaini dan pertahanan kanan, Thomas Meunier juga tidak menyertai sesi latihan pertama skuad Belgium semalam.

Fellaini diberi rehat selepas beraksi bersama Manchester United pada Ahad lalu manakala pemain Paris St Germain (PSG), Meunier cedera di buku lali dan tidak dapat menyertai latihan untuk beberapa hari.

Belgium kini berada di tangga teratas Kumpulan H kelayakan Piala Dunia selepas memenangi kesemua empat perlawanan manakala pencabar terdekat, Greece yang berada di tangga kedua masih belum mencatat sebarang kekalahan selepas melakar tiga kemenangan dan satu seri. - REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain