Ketika ini Hazard mempunyai baki kontrak dua tahun bersama Blues namun berada dalam senarai perpindahan menyertai kelab juara Eropah itu musim ini.

“Saya tidak mahu kata saya akan menandatangani kontrak baharu tetapi kemudiannya saya tidak menandatanganinya pula.

“Saya mahu yang terbaik buat diri sendiri dalam masa sama saya mahu menyertai kelab yang bagus kerana mampu memberikan saya segalanya.

“Saya akan lihat dahulu nanti kerana kadang-kala apabila saya bangun daripada tidur saya ingin keluar daripada kelab ini tetapi ada kalanya saya terfikir untuk kekal,” kata Hazard.

Hazard telah menjaring tujuh gol bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu pada musim ini. - AGENSI