Kedua-dua pasukan mela­kukan sembilan pertukaran dengan ‘sebelah mata’ lagi tertumpu kepada pertembungan merebut kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, Sabtu ini.

Perjudian yang dilakukan Maurizio Sarri apabila hanya memasukkan Hazard ketika permainan berbaki 10 minit nya­ta berbaloi. Tidak lama selepas Emerson Palmieri me­nyamakan kedudukan pada minit ke-79, larian solo yang dilakukan bintang Belgium itu menghadiahkan kemenangan buat Chelsea.

“Dia bukan sahaja pemain terbaik dalam Liga Perdana tetapi juga di Eropah dan dunia. Pada pandangan saya, kami masih belum melihat aksi terbaiknya. Dia seorang pemain yang mengagumkan,” kata Zola.

Daniel Sturridge mempa­mer persembahan meyakinkan menentang pasukan lamanya apabila menjaringkan gol pembukaan Liverpool pada minit ke-58.

Kekalahan ini bermakna, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp yang membimbing Reds sejak tahun 2015 perlu menanti sehingga Mei untuk merasai trofi pertamanya di Anfield.

“Ini adalah persediaan terbaik menjelang perlawanan Sabtu ini tetapi kami perlu mengu­kuhkan pertahanan. Ka­mi patut bermain dengan lebih tenang tetapi ia sesuatu yang normal apabila anda membuat peru­bahan,” kata Klopp. – AFP