Perancang utama Belgium itu sanggup menerbangkan penggunting rambut peribadinya dengan menaiki jet ke Rusia hanya untuk memastikan dia memasuki pentas paling besar dalam kariernya dengan imej lebih kemas serta segak.

Hazard memuat naik gambar potongan rambut baharunya bersama kenyataan bergambar: “Pemulihan, rehat. Penampilan baharu dan fokus kepada perlawanan besar pada Selasa. Terima [email protected]”.

Selain Hazard, rakan-rakan sepasukannya seperti Adnan Januzaj, Kylian Mbappe dan Samuel Umtiti turut menggunakan khidmat penggunting rambuta tersebut dan memuat naik potongan baharu rambut masing-masing dalam Instagram. - AGENSI