Ozil dikhabarkan bakal meninggalkan The Gunners pada musim panas ini selepas sering disisihkan Emery atas alasan taktikal.

Menurut laporan akhbar Calcio Mercato, Arsenal berminat untuk mendapatkan perancang muda Bayer Leverkusen, Kai Havertz bagi menggantikan Ozil.

Havertz berjaya mencuri perhatian beberapa kelab terkemuka Eropah selepas meledak 11 gol musim ini dan lapan daripadanya hadir semasa aksi Budesliga.

Pemain berusia 19 tahun itu gemar beraksi di belakang penyerang dan gaya permainannya sering dibandingkan dengan Ozil dan Tony Kroos.-AGENSI