Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hatrik Ronaldo bantu Real ke separuh akhir Liga Juara-juara

PEMAIN Real Madrid, Cristiano Ronaldo cuba mengawal bola untuk
PEMAIN Real Madrid, Cristiano Ronaldo cuba mengawal bola untuk melepasi pemain pertahanan Bayern Munich, Mats Hummels dalam aksi Liga Juara-juara di Estadio Santiago Bernabeu, Madrid, awal pagi tadi. - REUTERS

MADRID 19 April - Hatrik Cristiano Ronaldo membolehkannya muncul sebagai pemain pertama menjaringkan 100 gol dalam Liga Juara-juara ketika membantu Real Madrid menewaskan Bayern Munich 4-2 dalam aksi suku akhir kedua.

Malah kemenangan itu juga membantu Real melangkah ke separuh akhir dengan agregat 6-3 dan ini juga adalah kali ketujuh berturut-turut kelab Sepanyol itu melangkah ke saingan empat terakhir.

Pada perlawanan tersebut Bayern yang hanya memerlukan dua gol untuk melangkah ke saingan separuh akhir gagal memanfaatkan segala peluang diperoleh biarpun mendahului kedudukan jaringan selain dilihat kerap melakukan kesilapan di bahagian pertahanan.

Gol awal perlawanan dijaringkan oleh pemain Bayern, Robert Lewandowski menerusi sepakan penalti minit ke- 53 sebelum jaringan sendiri pemain Real, Sergio Ramos minit ke-77.

Sewaktu minit ke-84 menyaksikan Bayern terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Arturo Vidal dilayangkan kad merah dan keadaan tersebut memberikan kelebihan buat tuan rumah untuk melancarkan serangan balas.

Ronaldo yang menjaringkan gol pertama Real sewaktu minit ke-76 menambah koleksi gol ke-100 dalam kejohanan tersebut pada minit ke-105 sebelum melengkapkan hatrik minit ke-109 manakala satu lagi jaringan kelab gergasi Sepanyol itu diperoleh menerusi Marco Asensio minit ke-112. - AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain