Jaringan pertama Messi, yang juga gol sulung kejohanan musim ini terhasil menerusi sepakan bebas kaki kiri dari jarak 25 meter yang melencong menewaskan penjaga gol lawan, Jeroen Zoet pada minit ke-32.

Ousmane Dembele menggandakan kedudukan 2-0 menerusi rembatan cantik dari luar kotak penalti pasa minit ke-75, sebelum Messi menceriakan penyokong di Camp Nou dengan meledak gol ketiga tuan rumah, dua minit kemudian.

Ketika Barcelona sudahpun selesa mendahului 3-0, mereka terpaksa meneruskan permainan dengan 10 pemain selepas Samuel Umtiti dibuang padang kerana mengutip kad kuning kedua pada minit ke-79.

Beraksi dengan kekurangan seorang pemain bagaimanapun tidak menjejaskan Barcelona yang terus garang melengkapkan kemenangan 4-0 menerusi gol ketiga Messi, tiga minit sebelum tamat perlawanan. - AGENSI