Jaringan penyerang Tottenham pada minit ke-22 (penalti), 45 (penalti) dan 62 itu turut meletakkannya sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol setakat ini.

Skuad Three Lions bimbingan Gareth Southgate menunjukkan penguasaan penuh dan bermain agresif sebaik sahaja perlawanan bermula, sebelum membuka jaringan menerusi tandukan John Stones seawal minit kelapan.

Kane menggandakan kedudukan 2-0 menerusi sepakan penalti pada minit ke-22, sebelum Jesse Lingard menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-36.

Stones sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring dengan meledak gol keempat pada minit ke-40, sebelum Kane memastikan Three Lions menutup separuh masa dengan kelebihan 5-0 selepas menyempurnakan satu lagi sepakan penalti beberapa saat sebelum wisel penamat ditiupkan.

Memasuki separuh masa kedua, Kane melengkapkan hatriknya dengan menambah gol keenam England pada minit ke-62. Jaringan saguhati Panama pula disempurnakan Felipe Baloy pada minit ke-78.

Selepas dua perlawanan, England dan Belgium berkongsi enam mata, sekali gus kedua-dua pasukan mengesahkan tiket ke pusingan 16 akhir. - AGENSI