Pertemuan tidak dirancang itu berlaku di pekarangan Bangunan Perak Darul Rizduan di sini ketika sekumpulan penyokong berkenaan sedang berkumpul untuk menyerahkan memorandum bantahan dan mendesak Hasnul Zulkarnain meletak jawatan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Hasnul Zulkarnain yang sedang dalam perjalanan untuk ke pejabat dan menghadiri mesyuarat exco, turun dari keretanya lalu berjumpa dengan kumpulan penyokong berkenaan.

Dalam pertemuan itu Hasnul Zulkarnain berkata, penyokong berhak menyatakan bantahan tetapi beliau bertegas tidak akan meletakan jawatan.

"Kalian boleh teruskan (bantahan dan serah memorandum kepada MB), tiada masalah. Saya terbuka, mana-mana pihak boleh suarakan tapi untuk mendesak saya meletak jawatan, saya sesekali tidak akan meletakan jawatan kerana ada misi besar yang saya cuba laksanakan, saya ikhlas," katanya kepada penyokong.

Wakil 10 kelab penyokong, Mohd. Jefferey Amin Abd. Hamid berkata, mereka akan te­rus mendesak supaya Hasnul Zulkarnain meletakan jawatan.