Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Harimau Selatan semakin bernafsu

PEMAIN JDT meraikan kejayaan membelasah Melaka United 7-0 dalam
PEMAIN JDT meraikan kejayaan membelasah Melaka United 7-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin kelmarin. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 10 April - Selepas kembali menemui keyakinan atas kejayaan mem­belasah Melaka United 7-0 semalam, semangat Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin membara dengan sasaran terbaharu mereka adalah membenam Kelantan, Rabu ini bagi merampas takhta Liga Super.

Ketua Jurulatih Harimau Selatan, Benjamin Mora berkata, ke­sungguhan untuk menebus dua kesilapan lalu menjadi motivasi anak-anak buahnya ketika mem­belasah skuad Sang Kancil.

Kata Mora, selepas tewas 3-2 kepada Global FC dalam Piala AFC (5 April) dan 1-3 di tangan Pahang pada suku akhir Piala FA (1 April), Harimau Selatan mahu mengembalikan keyakinan penyokong.

“Keputusan yang ditunjukkan hari ini membuktikan biarpun tewas, ia tidak bermakna kami pasukan paling buruk kerana kami mampu memberi keputusan yang baik. Semangat juang pemain telah kembali walaupun terpaksa mengharungi jadual yang padat.

“Dalam Liga Super, kami menghampiri pasukan tangga pertama. Jika kami memenangi pertemuan dengan Kelantan, ia akan mele­takkan kami di kedudukan teratas liga. Pemain semakin bermotivasi, saya merasakan bahawa kami telah kembali ke haluan sepatutnya,” kata Mora.

Kapten JDT, Safiq Rahim yang mencipta hatrik dalam aksi semalam mengakui, kemenangan amat penting untuk menaikkan moral rakan-rakannya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain