Anak-anak buah Nelo Vingada yang kalah 1-4 dalam aksi pertama, Jumaat lalu dikejutkan 2-0 dalam tempoh lima minit selepas Kim Yu Song meletakkan Korea Utara di depan pada minit ke-15, sebelum menggandakan kedudukan pada minit ke-20.

Pintu gol Malaysia yang dijaga oleh Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy bolos lagi pada minit ke-44, sekali lagi menerusi Yu Song, sekali gus menyukarkan impian Malaysia untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Selepas mengharungi empat perlawanan, pasukan negara menghuni tangga tercorot Kumpulan B dengan mengutip satu mata. - UTUSAN ONLINE