Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe perlu meraih kemenangan di Hanoi, Sabtu ini atau seri dengankeputusan tiga gol untuk mengatasi kelebihan jaringan yang dimiliki Vietnam bagi mengulangi pencapaian 2010.

Dalam aksi hari ini, Harimau Malaya dikejutkan seawal minit ke-21 hasil jaringan Nguyen Huy Hong yang berjaya menyudahkan hantaran pantas Phan Van Duc sebelum dibolosi buat kali kedua, tiga minit kemudian hasil jaringan Pham Duc Huy yang menerima hantaran Van Duc.

Skuad Cheng Hoe bagaimanapun tidak berputus asa apabila berjaya merapatkan jurang menerusi 
Shahrul Saad berjaya menanduk masuk bola ke dalam gawang pada minit ke-36 berpunca daripada sepakan Syamer Kutty Abba.

Safawi Rasid menggembirakan 85,000 penyokong yang hadir apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61 menerusi rembatan dari luar kotak penalti yang berjaya menewaskan penjaga gawang, Dang Van Lam.-UTUSAN ONLINE