Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe sedar, memandangkan majoriti pemainnya beragama Islam dan dijangka menyambut Hari Raya pada 5 Jun, beliau awal-awal lagi menyuarakan kebimbangan ada yang ‘lupa daratan’ dengan mengambil ketupat, rendang atau apa sahaja juadah secara berlebihan.

Malaysia akan memulakan kempen di laman sendiri pada 6 Jun, sebelum bertandang ke tempat lawan pada 11 Jun.

Pasukan mana yang akan menentang Harimau Malaysia ha­nya diketahui esok apabila undian diadakan di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil.

“Perlawanan itu tidak mudah, apatah lagi dalam suasana Ra­madan dan Hari Raya yang mana sudah menjadi kemestian buat setiap pemain menyambutnya bersama keluarga.

“Perkara seperti ini yang saya khuatiri akan mengganggu fokus pemain dan saya perlu berbincang dahulu sama ada mahu beri pelepasan kepada mereka atau tidak untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga.

“Jika tidak, pemain perlu me­ngorbankan masa bersama keluar­ga,” katanya.

Selain pemain, kehadiran penyokong juga menjadi tanya kerana Harimau Malaya berisiko beraksi di stadium hampir kosong.

“Kalau penyokong dapat datang itu bagus tetapi jika sebaliknya, saya tidak boleh kata apa kerana waktu itu kita masih dalam n suasana pe­rayaan.” ujarnya lagi.- UTUSAN ONLINE