Naib Presidennya, Mohd. Azizudin Mohd. Shariff berkata, pemain berusia 34 tahun yang berasal dari Nigeria itu dijangka melengkapkan perjanjian bersama persatuan berkenaan Isnin depan.

Tambahnya, Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan juga yakin kemasukan permainan berkenaan yang pernah bersama Gergasi Merah selama dua musim akan memantapkan lagi posisi pertahanan skuad Haria Penang Haria.

“Pada masa sama, persatuan kini sedang menimbangkan untuk membawa pulang Matias Cordoba ke dalam pasukan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pulau Pinang yang diturunkan pangkat ke Liga Perdana musim ini membuat kejutan apabila berjaya membawa masuk beberapa pemain tempatan berpengalaman termasuk bekas penjaga gol JDT, Al Hafiz Hamzah; Jazarin Jamaluddin serta MorHafiz Zamani Misbah dan Fitri Shazwan. - UTUSAN ONLINE